CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 14, 2010

wanita

...
kau digelar sebagai penyeri dunia
hadirmu melengkap hubungan manusia
bukan sahaja dirindui yang biasa
malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
akalmu senipis bilahan rambut
tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
jua hatimu bak kaca yang rapuh
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat di bahu untuk dilindung
dekat jua di hati untuk dikasihi
engkaulah wanita hiasi duniawi
mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
jika datangnya dari kayu yang bengkok
begitulah peribadi yang dibentuk
engkaulah wanita istimewa
tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat di bahu untuk dilindung
dekat jua di hati untuk dikasihi
engkaulah wanita hiasan duniawi
mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
jika datangnya dari kayu yang bengkok
begitulah peribadi yang dibentuk
didiklah wanita dengan keimanan
bukannya harta ataupun pujian
kelak tidak derita berharap pada yang binasa
engkaulah wanita istimewa
sedarilah insan istimewa
bahawa kelembutan bukan kelemahan
bukan jua penghinaan dari Tuhan
bahkan sebagai hiasan kecantikan

~kemek~

teman

PERGI TAK KEMBALI..

...
tanggal 21 Dec 2009
aq telah kehilangan seseorang yang disayangi
kehilangannya bukan buat sementara waktu
tetapi
kehilangannya adalah buat selama-lamanya
apabila ku tahu dia telah pergi
aq rasakan ia bagaikan sebuah mimpi
mimpi yang sangat ngeri yang tak dapat ku lupakan
apabila ku keseorangan
wajahnya seolah-olah hadir dalam ingatan ku
sehingga kini ku masih terasa kehilangannya
kehilangan senyumannya
kehilangan kemarahannya
kehilangan gelak tawanya
yang sering memancarkan semangat kepada ku
aq terasa seperti dunia ini silap
mengapa ia berlaku pada diri ku
mengapa
mengapa
aq tahu ini semua takdir Yang Maha Esa
ku terimanya dengan redha
semoga rohnya dicucuri rahmat
amin
amin
amin
Yarobbal anlaminnn
...
nik mohd hakimie faizzal nik mohd hashim
kau kawan ku
kau rakan ku
kau sahabat ku
kau teman sejati
...

PERLUKAH???...

...
menitis air mata ku,
hilangnya sahabat sejati,
yang diam dikau ku merindu,
persahabatan abadi..
setiap detik teringatkan dikau,
walau kau pergi membawa diri,
kasih sayang kita tidak terjangkau,
ditengah impian yang murni..
PERLUKAH daku ditinggalkan,
PERLUKAH kau melupakan ku,
PERLUKAH ada rasa kesangsian,
PERLUKAH ada rasa rindu,
PERLUKAH???
...
SAHABAT,,
kita berjumpa kerana takdir,
kita berkawan kerana sayang,
kita bersama kerana hati,
kita berpisah kerana cita-cita,
kita kekal kerana kuatnya ukhuwwah,
kita bergaduh kerana harga satu ikatan,
tetapi..
yang paling penting semuanya kerana ALLAH S.W.T,
bukan mudah untuk kita berkawan,
bukan mudah untuk kita kekalkan,
bukan mudah untuk teruskan,
bukan mudah sehingga sekarang,,
oleh itu hargailah ia,
..ukhuwwah fillah abada abadan..
~ateatie~_^

Wednesday, January 13, 2010

...buat yang mengerti...

...
Jangan kau minta difahami,
jika kau tidak mampu,
memahami..
Jangan kau minta disayangi,
jika kau tadak mampu,
menyayangi..
Jangan kau beri harapan,
jika hanya untuk,
dihampakan..
Biar aku sendiri,
andai hadir hanya untuk,
menyakiti..
...
secebis kasih membuat kita sayang,
seucap janji membuat kita percaya,
sekecil luka membuat kita kecewa,
tetapi,
sebuah persahabatan selamanya bermakna..

~tarian jejari luka~

Friday, January 8, 2010

Relevankah aq di Hatimu..?


LELAKI IDAMAN SAYA ADALAH..
...
seorang lelaki yang beriman..
yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah..
yang jiwanya penghayatan terhadap islam..
yang sentiasa haus dengan ilmu..
yang sentiasa dahaga akan pahala..
yang solatnya adalah maruah dirinya..
yang tidak pernah takut untuk berkata benar..
yang tidak gentar untuk melawan nafsu..
yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah..
...
LELAKI IDAMAN SAYA..
...
lelaki yang sentiasa menjaga tutur katanya..
yang tidak megah dengan ilmu yang dimilikinya..
yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya..
yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang penyayang..
yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang sifatnya jembalang..
...
LELAKI IDAMAN SAYA..
...
lelaki yang menghormati ibunya..
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga..
yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami islam..
yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan..
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat..
...
LELAKI IDAMAN SAYA..
...
sentiasa bersedia untuk menjadi iman..
yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah..
yang boleh diajak berbincang dan berbicara..
yang menjaga matanya dari berbelanja..
yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya..
...
LELAKI IDAMAN SAYA..
...
tidak pernah menbazir masa..
matanya kepenatan kerana penat membaca..
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir..
tidurnya lena dengan cahaya keimanan..
bangunnya subuh penuh kecergasan..
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan..
...
LELAKI IDAMAN SAYA..
...
sentiasa mengingati mati..
yang baginya hidup di dunia adalah ladang Akhirat..
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga..
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik..
meneruskan perjuangan islam sebelum hari kemudian..
...
LELAKI IDAMAN SAYA..
...
lelaki yang tidak terpesona dengan buaian Dunia..
kerana dia mengimpikan Syurga..
di situlah rumah idamannya..
dan dia ingin membawa saya bersama..
dialah lelaki idaman saya..

~Qalam Nur~_^
_AteAdiL_

aq diri ku..

,,AT,,
dirimu yang ku kenali hari ini cukup berbeza,
jika dulu hebat berhujah di atas pentas sehingga mengerunkan pihak lawan,
hari ini semudah itu menyerahkan segalanya pada takdir.
mana perginya AT yang dulu?
kala hatinya meratapi kehilangan permata hati,bibirnya masih mampu mengorak senyum,
kala jiwanya dihambat resah,tawa dan usikan silih berganti menceriakan suasana,
persahabatan bukan untuk sehari dua,jadi fikirlah sebaiknya,jangan kerana mahu menyenangkan orang lain,diri sendiri merana,dan hanya pada Allah SWT sebaik-baik tempat bergantung.Dia lebih mengetahui yang terbaik untuk hambanya.
...
Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,telah berjumpa pada taaat pada-Mu,telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,telah berpadu dalam membela syariat-Mu.kukuhkalah ikatannya.kekalkanlah cintanya.tunjukkanlah jalan-jalannya.penuhilah hati-hati ini denagan nur-Mu yang tiada pernah pudar.lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.Amin Ya Rab...
...
_kemek d hearty_

sabar kunci kejayaan..

kongsi-kongsi bacaan..huhu
...
tiada kunci melainkan dapat dibuka,tiada ikatan melainkan dapat dilepaskan,tiada yang jauh melainkan akan dekat,dan tiada yang ghaib kecuali akan sampai...namun ada ketentuannya.
...
Allah SWT berfirman:"jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu"(Al-Baqarah:153).sebab keduanya merupakan bahan bakar hidup,perbekalan orang yang berjalan,pintu harapan,dan kunci keberhasilan.sesiapa yng konsisten dengan kesabaran dan memelihara solat,maka berilah khabar gembira dengan fajar shadiq,penaklukan yang nyata dan kemenangan yang dekat.
...
manusia yang paling cerdas adalah manusia yang paling banyak minta maaaf kepada orang lain,sebab dia menanggung tindakan dan perkataan mereka dengan tanggungan yang baik,dan dialah yang memperoleh kesenangan.
...

senyumlah selalu..

senyuman adalah shir yang halal.ia juga adalah wang pendahuluan kasih sayang dan pernyataan persaudaraan,ia juga merupakan surat kilat yang berisi kedamaian dan cinta,dan senyuman itu juga adalah persahabatan yang diterima,iaitu yang menunjukkan bahawa si pelempar senyuman itu suka dan tenang.
jika ditimpa oleh musibah atau kesusahan maka bergembiralah dengan setiap hari yang berlalu,sebab hari-hari itu meringankan dan mengurangi umur kesusahan tersebut.sebab kesusahan itu juga memiliki umur seperti halnya umur manusia yang tidak ditentukan.
Allah SWT berfirman:"sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah"(Al-Balad:4).itu adalah merupakan satu sunnah tetap bagi manusia,manusia itu dalam perjuangan,kesulitan dan penderitaan.oleh kerana itu manusia harus mengakui keadaannya dan berinteraksi dengan kehidupan.
para sahabat adalah manusia yang paling berbahagia,sebab mereka tidak tenggelam dalam bahaya-bahaya hati dan keragu-raguan jiwa,akan tetapi mereka memperhatikan hal-hal dasar dan sibuk dengan maksud dan tujuan.

Monday, January 4, 2010

sedinya...
nape sume dah jadi satu kenangan...
nape die p terlalu awal...
nape,nape n nape???
tapi pe2 pom aq kena ngat sume yang jadi da di tentukan oleh Nya...
aq kene kuat,aq harus kuat,aq mesti jadi kuat..tabahlah wahai hati...
21/12/2009..isnin..0715p.m..perginya die menemui Penciptanya...
..............................................................................................................................................................................

tinggal kenangan...

~Permata yang di cari~
hadirnya tanpa ku sedari,
menggamit kasih cinta bersemi,
hadir cinta insan pada ku ini,
anugerah kurnia illahi,
lembut tutur bicaranya,
menarik hati ku untuk mendekatinya,
kesopanannya memikat di hati,
mendamaikan jiwa ku yang resah ini..
Ya Allah,
jika dia benar untuk ku dekatkanlah hatinya dengan hati ku,
jika dia bukan milik ku damaikanlah hati ku dengan ketentuan Mu..
OoooOoo,
dialah permata yang di cari,
selama ini baru ku temui,
tapi ku tak pasti rencana illahi,
apakah dia kan ku miliki..
tidak sekali di nodai nafsu,
akan ku batasi dengan syariat Mu..
jika dirinya bukan untuk ku redha hati ku dengan ketentuan Mu..
Ya Allah,
Engkaulah tempat ku bergantung harapan ku..
ku harap diri ku sentiasa di bawah rahmat Mu..
*dialah permata yang di cari,
selama ini baru ku temui,
tapi ku tak pasti rencana illahi,
apakah dia kan ku miliki*

_AteAdiL_